Akhirnya trailer kedua filem animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse sudahpun keluar. Dalam trailer kali ini Sony telah menampilkan beberapa watak Spider-Man yang hadir dari dimensi yang berbeza. Antaranya adalah Spider-Women, Spider-Man Noir, Spider-Girl dan Spider-Ham. Filem ini mengisahkan Miles Morales sebagai Spider-Man terbaru di dimensi dunia beliau. Filem animasi Spider-Man: Into The Spider Verse bakal dikeluarkan pada 14 Disember 2018.