Filem terbaru Disney iaitu Aladdin nampaknya tampil dengan sebuah lagi trailer terbaru. Melalui trailer ini, anda bakal diperlihat dengan beberapa watak seperti Aladdin, Genie dan Princess Jasmine. Lebih menarik, watak Genie pada kali ini dipegang oleh Will Smith. Filem arahan Guy Ritchie ini bakal mula ditayangkan pada 24 Mei 2019.