Filem Kung Fu League ini merupakan filem aksi yang mengabungkan empat hero lagenda yang handal berkung fu iaitu Wong Fei Hung, Wing Chun atau dikenali Ip Man, Chen Zhen atau dikenali Bruce Lee dan Huo Yuan Jia. Ini merupakan sesuatu yang luar biasa kerana dalam satu filem aksi menampilkan empat hero lagenda.

Ini merupakan filem terbaharu dari pengarah Jeff Lau yang cukup terkenal menghasilkan filem-filem yang menarik dan penuh pengisian. Barisan pelakon utama ialah Vincent Zhao, Dennis To, Danny Chan Kwok Kwan dan Andy On. Filem ini akan menemui anda pada 1 November 2018. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem aksi kung fu yang pastinya mendebarkan.