Warner Bros. Pictures baru-baru ini telah mengeluarkan trailer terbaru filem mereka iaitu Godzilla: King of the Monsters. Melalui filem ini, Godzilla bakal bertemu dengan pihak lawan yang lebih kuat dimana ia melibatkan watak-watak seperti Mothra, Rodan serta King Ghidorah. Perlawanan hebat antara watak-watak tersebut dengan Godzilla pastinya akan membuat anda teruja. Tonton trailer epik ini sementara menantikan filem Godzilla: King of The Monsters yang bakal ditayangkan pada 31 Mei ini.