Disney baru sahaja tampil dengan trailer terbaharu filem Maleficient: Mistress of Evil. Filem ini merupakan sekuel filem Maleficient dan pastinya filem yang dinanti-nantikan oleh ramai pihak.

Dalam trailer yang berdurasi 2 minit 17 saat ini berlatar belakangkan keadaan selepas Maleficient menyelamatkan Puteri Aurora. Malah, dalam trailer ini menampilkan tipu helah pemerintahan kerajaan baru yang menjadikan Maleficient jahat. Apakah pengakhiran filem ini? Tonton dahulu trailer filem ini sebelum ditayangkan pada 18 October 2019 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →