Siri terkenal Men In Black (MIB) kembali tanpa kelibat Will Smith dan Tommy Lee Jones dan digantikan dengan agen yang baharu. Ianya tidak kurang hebat kerana MIB akan dikemudikan oleh dua Asgardians, Chris Hemsworth dan Tessa Thompson!

MIB: International akan mengambil tempat di pejabat MIB di London, dan membuktikan MIB bukan hanya beroperasi di Amerika Syarikat sahaja. Seperti biasa, mereka perlu mempertahankan bumi daripada gangguan makhluk asing dan mempunyai gadjet canggih untuk digunakan dalam setiap pertempuran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Daripada trailer terbaru ini, dapat sudah hint makhluk asing jenis apa yang akan mereka hadapi. Begitu juga sidekick baharu yang akan menghiburkan agen Chris dan Tessa. MIB: International akan ditayangkan di pawagam pada Jun 2019.