Nampaknya selepas hampir sedekad sejak Toy Story 3 mula ditayangkan, Pixar pada tahun ini bakal menayangkan siri keempat Toy Story menampilkan beberapa watak terbaru. Melihat daripada trailer kisah pada kali ini bukan lagi mengenai Andy dan Woody sebaliknya koleksi ‘mainan’ ini telahpun berubah tangan. Tonton trailer ini sementara menantikan filem ini mula ditayangkan pada 21 Jun 2019 ini.