20th Century Fox Film baru sahaja mengeluarkan trailer terakhir bagi filem terbaru X-Men. Melalui trailer ini, dapat dilihat kehebatan Dark Phoenix yang diluar tandingan dan kuasa ahli X-Men yang lain. Turut ditunjukkan perubahan kuasa yang diterima Jean Grey sebelum beralih ke dark side. Filem ini bakal menjadi filem terakhir X-Men dibawah kendalian 20th Century Fox Film selepas syarikat ini berada dibawah kendalian Disney. Tonton trailer terbaru X-Men: Dark Phoenix yang penuh dengan aksi ini.