Akhirnya saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Trolls World Tour merupakan filem sekuel filem hits Trolls akan menemui anda dengan lebih adegan dan lagu yang menghiburkan.

Menerusi trailer ini, anda dapat lihat bagaimana Poppy dan Branch ketahui kewujudan 6 puak Trolls selain mereka. Setiap puak memiliki genre muzik yang tersendiri dan disebabkan perbezaan ini ancaman dari Barb ingin menghapuskan kesemua genre muzik dan hanya muzik rock akan kekal.

Adakah Trolls akan bersatu dan setiap genre muzik dapat diselamatkan? Anda kena saksikan sendiri ini di pawagam dan rasai sendiri keseronokan dan penggembaraan mereka. Apa kata tonton dahulu trailer Trolls World Tour ini sebelum anda menonton filem ini di pawagam. Filem ini akan ditayangkan di pawagam bermula hari ini, 12 Mac 2020.

Sementara itu, jika anda tidak tahu ingin tonton filem apa di pawagam bolehlah klik pautan di bawah untuk ketahui filem yang best untuk ditonton.

Dihantui ‘Raksasa’ Halimunan, Karya Seram Penuh Twist Dalam The Invisible Man

Tonton Trailer Rasmi Terakhir Penuh Epik Black Widow

Lihat Legenda ‘Berdarah’ Kembali Dalam Trailer Candyman