Mungkin ramai antara anda yang mula mengenali jenama Volkswagen melalui model Beetle. Begitu juga dengan kami. Malah, model ini berjaya menjadi antara model paling ikonik Volkswagen dengan kehadirannya di beberapa filem Hollywood.

Mula diperkenakan pada tahun 1938, model keluaran Jerman ini berjaya menjadi the people’s car melalui rekaannya yang ikonik serta turut mengumpul peminat yang ramai seluruh yang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi keputusan yang dibuat Volkswagen, nampaknya jenama ini memutuskan untuk menamatkan pengeluaran Beetle melihatkan permintaannya yang semakin sedikit serta bertujuan untuk menghasilkan siri lain yang menggunakan kuasa elektrik. Dengan itu, Volkswagen USA telah memuat naik sebuah video sempena model yang bakal dirindui ramai ini.

Sebelum ini, Volkswagen pernah bereksperimen dengan memperkenalkan model konsep ‘campervan’ keluaran 1962 dengan kuasa elektrik. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Volkswagen Perkenalkan Model Konsep ‘Campervan’ Keluaran 1962 Dengan Kuasa Elektrik

Volkswagen Polo ‘Black & White’ Habis Terjual Dalam Masa Seminit