Pada harga serendah RM33 sebulan, Neflix adalah alternatif baru menonton yang anda boleh pertimbangkan. Dengan gandingan Chromecast, anda sudah boleh menontonnya di skrin besar televisyen tanpa perlu memasang atau mencabut kabel HDMI setiap masa.

Yang menariknya, anda juga boleh menggunakan telefon pintar, tablet atau komputer untuk mengawal apa yang dipaparkan di TV.

Sebelum ini, saya sudah terangkan dengan panjang lebar tentang apa itu Chromecast, setting dan cara penggunaannya.

Salah seorang penulis Vocket, juga sudah berkongsi pengalaman pertama beliau menggunakan Netflix.

Saya mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan verdict sebenar penggunaan Netflix bersama Chromecast, dan inilah pendapat saya.

Reviu Netflix Bersama Chromecast

Untuk ujian ini, saya gunakan 3 peranti:

  • Komputer
  • Telefon pintar
  • iPad

1. Komputer

Untuk menggunakan Netflix dan Chromecast, saya menggunakan pelayar web Chrome. Pergi ke laman web Netflix, dan log masuk.

Chromecast-chrome
Pilihan Cast screen / audio dalam aplikasi Chromecast

Tekan butang Cast di penjuru kanan atas pelayar, dan audio visual akan dipaparkan di televisyen. Sebelum itu, anda perlu setting Chromecast di pelayar anda, rujuk artikel pertama kami tentang Chromecast.

Penggunaannya mudah, tiada masalah untuk konten Malaysia. Ada sedikit lag pada mulanya, tetapi hanya masalah kecil.

Netflix-Chromecast
Paparan di televisyen melalui komputer menggunakan Chromecast

Akan tetapi saya mendapati casting konten US buggy dan terputus-putus.

Akhirnya, saya terpaksa menggunakan kabel HDMI untuk menonton konten US di televisyen.

2. Telefon pintar

Penggunaan Netflix menggunakan telefon bimbit juga adalah straight-to-the-point.

1. Muat turun Netflix daripada Google Play

Netflix-Chromecast
Download Netflix daripada Google Play

2. Log masuk, pilih profil.

3. Anda akan masuk ke paparan pertama app. Pilih cerita kegemaran anda.

Netflix-Chromecast
Netflix

4. Tekan butang casting. Pilih nama saluran Chromecast seperti yang anda pernah set sebelum ini.

Netflix-Chromecast
Netflix

5. Di penjuru bawah, swipe ke atas untuk ke menu kawalan seperti di bawah.

Netflix-Chromecast
Netflix

(Menu swipe adalah seperti gambar menu iPad di bawah).

iPad

Langkah-langkah yang sama dengan langkah-langkah di telefon pintar seperti di atas.

Netflix-Chromecast
Netflix

Setakat ujian yang kami lakukan, kami tidak dapat menonton konten US menggunakan telefon pintar dan iPad.


Anda boleh dapatkan Chromecast di Lazada dan dapat akaun percuma selama setahun syarikat pesaing, iflix, pada harga RM179.

Anda boleh mendapatkannya pada harga lebih rendah menggunakan promosi kad Maybank – terima kasih kepada pembaca kami Cik Haryati Mohd Redza atas tip tersebut!

Ikuti penulisan kami seterusnya untuk reviu penggunaan Chromecast dan Kodi.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram