Selepas ulasan jujur untuk model baharu Proton X70, Engear TV kembali untuk membuat ulasan jujur untuk Perodua Aruz pula. SUV ‘7 Seater’ ini nyata menjadi perhatian ramai apabila ianya diperkenalkan oleh Perodua awal tahun ini.

Menerusi ulasan daripada saudara Shamsul Yusof, Perodua Aruz ini mempunyai rekaan yang moden dan lebih ‘muda’ sesuai untuk semua peringkat umur. Rekaan dalamannya juga kemas dan sesuai dengan harga pasaran model Perodua Aruz ini.

Tambahan lagi, model ini hadir dengan sistem keselamatan terbaik untuk pemanduan yang lebih selamat setiap masa. Sekiranya anda sedang mencari kereta yang lebih besar untuk keluarga, tonton ulasan ini supaya anda lebih yakin untuk mendapatkan model terbaru Perodua ini.