17 tahun berlalu, filem 2 Fast 2 Furious masih lagi diingati serta ditoton ramai. Perlumbaan kereta dengan aksi yang epik menampilkan beberapa model kereta ternama antara yang membuatkan filem ini menjadi sangat ikonik.

Pada kali ini, Doug DeMuro selaku YouTuber yang kerap membuat review kereta tampil dengan review yang dipandu Suki dalam filem 2 Fast 2 Furious. Model yang dimaksudkan adalah Honda S2000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2020-09-17 at 4.14.42 PM

Bukan sekadar Honda S2000 biasa, model ini hadir dengan pelbagai modifikasi baik dari segi dalaman mahupun luaran sekaligus membuatkan model ini tampil berbeza. Siapa sangka di sebalik rekaannya yang ‘garang’, model ini hanyalah disertakan dengan butang NOS yang palsu dan tidak berfungsi. Tonton review penuh Doug DeMuro untuk mengetahui lebih lanjut apa yang membuatkan Honda S2000 ini unik.

Tular pada minggu ini apabila individu ini sanggup turun ke Bangi dari Johor dalam usaha menjejak ‘kembar’ keretanya selepas kerap menerima surat saman.

Bengang Sering Disaman, Lelaki Ini Turun Ke Bangi Menjejak ‘Kembar’ Keretanya

‘Siap Sedia Untuk Terpesona’ – Proton Kongsi Gambar Rasmi Model X50 Buat Rakyat Malaysia Teruja