“Hikmah yang perlu diterjemah.” Ringkas tetapi itulah maksud mendalam yang cuba disampaikan oleh pengasas jenama minuman Hausboom, Azri Zahier Azmi.

Azri meminta setiap staf Hausboom yang kini bekerja dari rumah untuk merakam video aktiviti mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apa yang mereka tidak tahu adalah setiap video yang dikongsi dijadikan video penuh inspirasi ini.

Ketika ramai yang merasakan ia satu bebanan kerana tidak dapat bekerja seperti biasa, tetapi hikmah di sebalik semua ini adalah setiap masa dapat digunakan bersama keluarga dengan lebih baik. Buat yang masih bujang, inilah masa terbaik untuk belajar ilmu baharu dan mengasah bakat terpendam dalam diri.

“Tak pasti sampai bila kami mampu bertahan. Tapi apa yang pasti, semua ini ada hikmahnya. Kami akan hadapi dugaan ini bersama-sama. We can do this, together,” tulis Hausboom.

Patuhilah perintah kerana kita cuma diamanahkan untuk tinggah di rumah sahaja. Sesuatu yang sangat mudah untuk dibuat. Dan benar, setiap yang terjadi, pasti akan ada hikmahnya yang tersendiri. Genap sebulan, apa pula hikmah anda sepanjang PKP ini?

Ini pula video pelakon Melayu bercakap bahasa tamil supaya patuh PKP yang mendapat perhatian netizen. Tontonnya pada pautan di bawah.

Hampir 50K Tontonan, Video Patuh PKP Bahasa Tamil Oleh Pelakon Melayu Ini Curi Perhatian Netizen

Gara-Gara Bermain Golf Ketika PKP, Tiga Lelaki Dipenjara Di Perak

Selangor Umum Bakal Teruskan E-Bazar Untuk Ramadan