Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam, sebanyak 10 keping gambar perkahwinan rasmi bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V kembali tersebar di media sosial selepas ia dimuat naik oleh seorang jurugambar Rusia, Maxkoliberdin di laman Instagram.

Pagi ini, video rasmi perkahwinan antara Sultan Muhamad V dan bekas Ratu Cantik Rusia, Oksana Voevodina telah dikongsikan di laman sesawang premia.event.ru dan di laman ini juga, anda boleh melihat rekaan dewan perkahwinan dan pelaminnya yang sangat cantik.

Dapat dilihat juga persembahan pentas yang memeriahkan lagi majlis perkahwinan gilang-gemilang ini. Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana.

Anda Mungkin Suka