Sekiranya anda mengikuti perkembangan Youtuber negara kita, kami yakin anda pasti mengenali anak muda bernama Mohamad Sofian atau lebih dikenali dengan nama Instagram beliau iaitu sofyank96.

Berjaya mendapat perhatian daripada idola artis visual terkenal daripada Zach King secara tidak langsung berjaya menaikkan lagi nama anak muda ini. Terbaru, beliau telah dijemput UIP Malaysia,Paramount serta Era.je untuk ke Budapest dalam menghasilkan video terbaru bersama lagenda Hollywood iaitu Will Smith.

Bermula dengan video sebuah gambar yang dimaut naik serta teaser, Sofian nampaknya mudah untuk bekerjasama bersama Will Smith dalam menghasilkan sebuah video promosi bagi filem terbaru beliau iaitu Gemini Man.

Turut dimuat naik bersama adalah pengalaman beliau yang dikongsikan secara travelog sepanjang berada di Budapest serta dibalik tabir video bersama Will Smith. Anda boleh tonton video dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Melihat kepada perkembangan anak muda berusia 23 tahun ini, pastinya menjadi batu loncatan buat artis visual negara kita mendapat perhatian daripada pihak luar. Tahniah kami ucapkan buat Mohamad Sofian atas hasil usaha beliau sehingga berjaya berkolaborasi bersama artis Hollywood.

Agak menarik untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan Mohamad Sofian sehingga dikenali ramai. Kami kongsikan kepada anda beberapa artis lain berkaitan Sofyank96 sebelum ini. 

Lihat Zach King Dedikasikan Video Terbarunya Khas Buat Sofyank96

Lihat Video Magik Sofyank96 Paling Gempak Setakat Ini

Sofyank96 Sekali Lagi Tunjukkan Skil Beliau Dalam Video Teaser Bersama Will Smith