Baru sahaja seminggu kita memasuki tahun 2019, kemungkinan besar iklan ini boleh jadi iklan terbaik untuk tahun ini! Walmart secara genius menghimpunkan kereta ikonik dalam industri Hollywood untuk mempromosikan servis pengambilan percuma di mana-mana lokasi Walmart di Amerika Syarikat.

Iklan ini dimulakan dengan Batmobile, KITT (Knight Rider), van Ghostbusters, kenderaan dari siri Dumb & Dumber, DeLoreon dari siri Back To The Future, jip dari siri Jurassic Park, Bumblebee dan banyak lagi!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda peminat siri dan filem Hollywood, cuba anda senaraikan kereta apa lagi yang ada dalam iklan ini. Bila melihat iklan ini, teringat pula filem Ready Player One.