Mickey Mouse dan rakan-rakannya tidak pernah gagal menghiburkan kita dan terbaru, siri pendek ‘Mickey Go Local’ mula dikongsikan oleh pihak Disney Channel Asia di laman YouTube mereka baru-baru ini.

Mickey Go Local menyuntik elemen tempatan dalam setiap episodnya dan untuk episod pertama, Disney memilih untuk mengetengahkan keunikan ‘gerai’ di Malaysia. Menu makanan tempatan iaitu sate dan roti canai dipilih untuk diketengahkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Goofy dilihat keliru untuk memilih makanan mana yang paling sedap antara sate atau roti canai dalam episod ini. Setiap episod baharu Mickey Go Local akan dimuat naik satu setiap bulan sehingga Januari 2020. Yang penting, terus mahu makan sate dan roti canai sekejap lagi. Malaysia boleh!