Tan Sri Tony Fernandes, pengasas dan ketua AirAsia Group Bhd berkata bahawa cara penyelarasan COVID-19 yang dikendalikan oleh pelbagai kerajaan sangat ‘mengerikan’ sehingga memberi kesan kepada industri pelancongan dan penerbangan, lapor The Edge.

BBC semalam menyebut bahawa Tony Fernandes menyatakan bahawa dalam sejarahnya mengendalikan perniagaan penerbangan, dia tidak pernah lihat situasi di mana sesuatu perkara itu tidak dikendalikan dengan selaras.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia mendakwa bahawa perbezaan itu seolah-olah menyatakan penumpang yang tidak diberi vaksin COVID-19, tidak akan dibenarkan masuk ke negara-negara yang dituju tanpa dikuarantin.

Tony Fernandes turut berkata bahawa Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama-sama dengan pemain industri pelancongan sepatutnya mengeluarkan protokol kesihatan sewaktu pandemik, tetapi dihalang oleh tangan ahli politik.

”Kerajaan-kerajaan telah menyebabkan rakyat bingung dan mereka mengambil pandangan yang sangat, sangat konservatif”, katanya sebelum menyambung bahawa ahli politik mahu semuanya berada dalam kawalan mereka.

”Mereka mahu mengawal semuanya. Ia seperti sesuatu yang tidak pernah kita dengar sebelum ini. Koordinasi Covid-19 sungguh mengerikan.

“Saya hanya berfikir semua orang … takut dan hanya bertindak balas dengan cara yang sangat jingoistik (semangat kebangsaan yang melampau dan membenci negara lain) dan nasionalistik.

”Dalam sejarah perniagaan penerbangan, saya tidak pernah melihat penyelaran yang begitu lemah sekali,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Gazatte.

Laporan BBC juga memetik Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Alexandre de Juniac. Dia mengatakan bahawa syarikat penerbangan dunia memerlukan 70 juta dolar AS (sekitar RM283.5 bilion) hingga 80 juta dolar AS dari sokongan kerajaan untuk mengatasi krisis yang disebabkan oleh wabak coronavirus.

Dia turut berharap bahawa pada bulan Jun 2021, kerajaan di seluruh dunia melonggarkan sekatan perjalanan setelah kebanyakan negara sudah mula menerima vaksin.

Terdahulu, mahu bantu rakyat Malaysia, airasia.com tawarkan servis penghantaran percuma sepanjang PKP. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mahu Bantu Rakyat Malaysia, airasia.com Tawarkan Servis Penghantaran Percuma Sepanjang PKP

Kapten Juruterbang Wanita Air Asia Yang Bertudung Ini Sangat Comel. Kami Sangka Adik Manis Mana Tadi

Pesanan Tony Fernandes Pengasas Air Asia Ini Wajar Diberi Perhatian Oleh Ibu Bapa Yang Mahukan Anak Berjaya Cemerlang