Siapa sangka dua individu yang sangat berpengaruh dan sangat sinonim dengan AirAsia memilih untuk serentak melepaskan jawatan eksekutif masing-masing dalam syarikat bagi tempoh dua bulan yang berkuat kuasa serta-merta.

Melalui pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia, pelepasan jawatan eksekutif secara sementara ini bakal dibuat dalam tempoh dua bulan atau jangka masa yang lebih panjang mengikut keadaan syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, di sebalik pelepasan jawatan eksekutif secara sementara, Lembaga Pengarah AirAsia telah memutuskan untuk mengekalkan dua individu ini sebagai penasihat syarikat sepanjang tempoh dua bulan.

bolingam
Pemangku CEO AirAsia, Tharumalingam Kanagalingam. Sumber: Redbeat Ventures

Berdasarkan keputusan yang dibuat, Tharumalingam Kanagalingam telah dilantik sebagai Pemangku CEO AirAsia manakala jawatan Kamarudin Maranun dan Tony Fernandes akan ditukar sebagai ahli lembaga pengarah bukan eksekutif AirAsia.

Difahamkan keputusan melepaskan jawatan dua individu berpengaruh ini bertujuan untuk memberi peluang kepada siasatan penuh dan bebas terhadap AirAsia selepas berdepan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah.

Malaysia Prime Minister Najib Razak Launches Kuala Lumpur International Airport 2
Sumber: Skift

Setakat hari ini, saham syarikat AirAsia susut 10.49 peratus dan ditutup pada harga RM1.28 sesaham sekaligus memaparkan kadar unit terendah sejak Januari 2016. Saham AirAsia X Bhd pula dilaporkan merosot sebanyak 12 peratus.

Pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pula dilaporkan sedia membuat penilaian dakwaan rasuah membabitkan membabitkan Airbus SE, AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd.

Sekitar dua minggu lalu, AirAsia dilaporkan bercadang untuk mengambil alih Malaysia Airlines daripada Khazanah Nasional.

AirAsia Cadang Ambil Alih Malaysia Airlines Daripada Khazanah Nasional

Netizen Puji Respon Pantas AirAsia Setuju Hantar Sukarelawan Ke Australia Secara Percuma

Sumber