Sebut mengenai Tony Fernandes pastinya cukup ingat beliau sebagai individu berpengaruh bagi syarikat AirAsia. Dalam pada itu, Tony Fernandes pada hari ini mengejutkan ramai selepas mengumumkan pengunduran daripada posisi CEO bagi syarikat AirAsia X Bhd (AAX).

Mengulas mengenai pengunduran beliau, Tony Fernandes memaklumkan terlibat dengan beberapa ‘komitmen’ lain antara yang membuatkan beliau memilih untuk meletak jawatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: Study international

Untuk pengetahuan, Tony Fernandes baru sahaja dilantik sebagai CEO kumpulan AAX pada 8 Julai lalu. Perletakan jawatan beliau sekaligus merekodkan beliau sekadar memegang posisi tersebut kurang daripada tempoh empat bulan.

Sementara itu, pihak AirAsia memaklumkan Tunku Mahmood Fawzy sedia dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif Airasia Thailand yang bakal berkuat kuasa serta merta. Beliau bertanggungjawab dalam menguruskan pelan strategik AAX dan AAX Thailand.

Tunku Mahmood Fawzy. Sumber: The Star

Meskipun meletak jawatan, Tony Fernandes sedia untuk membantu AirAsia X bangkit semula selepas terkesan dengan impak COVID-19. Beliau juga memaklumkan sedia memfokuskan dalam memberi nilai kepad pemegang saham Capital A Bhd.

Setakat jam 5 petang tadi, saham Capital A Berhad merekodkan paras harga terendah sepanjang 2 bulan terakhir dengan harga RM0.60 seunit.