Selepas hampir lapan tahun memegang jawatan sebagai pengurus kelab miliknya iaitu Queens Park Rangers, pemilik syarikat tambang murah AirAsia iaitu Tan Sri Tony Fernandes telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai pengurus kelab tersebut.

Perletakan jawatan tersebut turut diikuti oleh pengerusi bersama beliau iaitu Ruben Gnanalingam. Keputusan ini dibuat selepas Tony Fernandes berpendapat kelab tersebut memerlukan pengerusi baru untuk membimbing hala tuju QPR ke peringkat seterusnya.

0_Amit-Bhatia
Amir Bhatia, pengerusi terbaru QPR. Sumber: Football London

Berikutan perletakan jawatan beliau sebagai pengerusi QPR, kelab tersebut berdasarkan persetujuan Tony Fernandes telahpun melantik Amit Bhatia. Perlantikan Amit Bhatia ini bertepatan dengan hasrat Tony Fernandes yang mahukan seorang yang mampu membimbing kelab bola sepak serta kerap berada di London.

Setakat ini beliau masih lagi merupakan pemegang saham terbesar Queens Park Rangers sebanyak 66%. Semoga dengan keputusan yang dibuat ini bakal memanfaatkan QPR seterusnya kembali ke Liga Perdana Inggeris.