Berjaya menjadi pemilik pasukan bola sepak Queens Park Rangers, pada kali ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes memilih untuk menjadi pemilik majoriti kepada pasukan Mobile Legends Malaysia, Team Saiyan.

Menurut Tan Sri Tony Fernandes, keputusan yang dibuat ini bertepatan dengan peningkatan industri e-sukan di dalam negara. Mendapatkan Team Saiyan ini juga dilihat sebagai permulaan untuk melangkah dengan lebih jauh di dalam industri ini.

Secara rasminya, Tan Sri Dr. Tony Fernandes telah menjadi pemilik majoriti untuk Team Saiyan. Pasukan Team Saiyan akan dijenamakan semula ke pasukan AirAsia Saiyan#TeamSaiyan#DareToDream#OneAirAsia#NowEveryoneCanEsports

Posted by Team Saiyan on Wednesday, 28 March 2018

Pemilihan pasukan ini dibuat setelah Team Saiyan berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan setelah merangkul gelaran juara di Kejohanan Mobile Legends Piala Asia Tenggara (MSC) peringkat Malaysia tahun lalu.

Untuk pengetahuan, e-sukan di dalam negara semakin mendapat tempat di hati pengguna dimana kini sebanyak 14 juta pemain aktif di seluruh dunia terdiri daripada penguna Malaysia.

Image-2-1024×576-1024×576

Sumber: Mdroid

Berdasarkan pengambilalihan Team Saiyan, pasukan ini bakal dijenamakan semula sebagai AirAsia Saiyan. Semoga dengan pengambilalihan ini, lebih banyak kejayaan bakal dicapai buat pasukan AirAsia sekaligus menaikkan nama Malaysia di dalam industri e-sukan di mata dunia.

  • SUMBER

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group