Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook berikutan dengan tindakan live streaming serangan pengganas di dua masjid di New Zealand Jumaat lalu.

Beliau menyifatkan perbuatan pengganas tersebut sebagai salah satu bentuk ‘kebencian’ atau perbuatan negatif yang disebarkan melalui media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/tonyfernandes/status/1107123988864491520

Tambah beliau dalam tweet terbaharunya yang menyebut lebih banyak kebencian wujud dalam media sosial berbanding kebaikan. Beliau merupakan salah satu tokoh berjaya yang aktif berkongsi perkembangan kepada 670,000 pengikut di Facebook dan 1.29 juta pengikut di Twitter. Antara perkembangan yang sering dikongsi ialah mengenai perkembangan syarikat dan prestasi kelab bola sepak Queens Park Rangers.

Beliau sempat mempertimbangkan untuk membuat perkara yang sama untuk akaun Twitternya, namun akhirnya beliau memilih untuk meneruskan perjuangannya di laman Twitter selepas ini. Sebelumnya pada tahun 2014, beliau sempat membuat keputusan untuk menutup seketika akaun Twitternya.