Popular dengan jenama syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia, kini Tan Sri Tony Fernandes menawarkan diri sebagai jurupandu untuk pengguna aplikasi Waze pula.

Selepas memperkenalkan suara selebriti terkenal seperti Yuna, Arnold Schwarzenegger sebagai Terminator dan Harith Iskander, terkini pihak Waze memperkenalkan suara Tony Fernandes sebagai jurupandu untuk pengguna aplikasi ini. Satu lagi kerjasama yang hebat dilakukan oleh pihak Waze.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ramai yang bertanyakan saya mengenai perasaan sebagai juruterbang AirAsia. Kini, anda boleh menyelami pengalaman itu dan berinteraksi di udara dengan saya sebagai pengawal trafik udara anda.” kata Tony.

Sementara itu, Pengurus Jualan Waze Malaysia, Edward Ling berkata pihaknya teruja untuk mengetengahkan ciri suara Fernandes bagi mengemudi ‘Wazers’ atau pengguna kemudahan itu di sepanjang laluan mereka.

Paparan suara Tony Fernandes sebagai jurupandu kali ini pastinya akan menjadikan perjalanan anda lebih cool.  Now everyone can drive!

Selain dari menyediakan perkhidmatan aplikasi percuma dan mesra pengguna, penggunaan pelbagai suara ini di antara cara bagaimana Waze menambat hati pengguna mereka dengan menjadikan aplikasi ini lebih menarik dan menyeronokkan.

https://www.youtube.com/watch?v=4mYp3SyHmEQ

BACA: Selepas Penerbangan Kos Rendah, Hospital Mampu Milik Antara Rancangan Terbaru Tony Fernandes

Sumber