Baru-baru ini lagenda skateboarding dunia, Tony Hawk pertama kali terapung di atas hoverboard for real tanpa sebarang bantuan tali dan kesan khas seperti video fake sebelum ini.

Dia berulang kali menyatakan konsep hoverboard ini telah menjadi realiti setelah usaha syarikat Arx Pax berhasil mencipta Hendo Hoverboard, hoverboard pertama di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hendo Hoverboard mampu mengapungkan seseorang yang memiliki berat 300 paun. Jarak dari lantai lebih kurang 1 inci apabila seseorang berdiri diatasnya dengan menggunakan electromagnetic field technology. Ia hanya berfungsi di atas permukaan bahan tertentu sahaja seperti kuprum dan aluminium dan dapat terapung selama 7 minit dengan bantuan bateri.

Hendo Hoverboard pertama di dunia.

hendo_hoverboard
rsz_2ap952580571157
20141118213210-finally-tony-hawk-ride-real-hoverboard
tony-hawk-hoverboard

Konsep hoverboard mendapat sambutan hangat dan sememangnya dinanti-nantikan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu gara-gara filem fenomena Back To The Future II telah menonjolkan skateboard ciptaan masa depan yang tidak beroda kecil tetapi terapung-apung dan dikawal oleh watak utama filem, Marty McFly lakonan Michael J. Fox, yang berdiri di atasnya. Dari situ timbul peminat-peminat hoverboard di segenap dunia dan mahu konsep itu direalisasikan.

Hoverboard digunakan oleh McFly, watak utama Back To The Future II.

Syarikat Arx Pax menjangkakan ia bakal dijual pada Oktober 2015 iaitu tahun yang sama digambarkan di dalam filem Back To The Future II! Wow!

Sekarang Arx Pax sedang membuat crowdfunding di Kickstarter untuk memperbaiki dan menambahbaiki hoverboard sedia ada.

Saksikan real hoverboard bernilai USD 10,000 sebuah:

Berminat dapatkan sebuah hoverboard?

LIKE Facebook The Vocket