Kematian Tony Stark dalam Avengers: Endgame sepatutnya lebih ‘brutal’ daripada apa yang anda lihat di pawagam.

Supervisor untuk visual effects (VFX) Endgame, Matt Aitken mendedahkan dalam satu temubual mereka dari awal lagi sudah merancang akan ada watak penting yang mati dalam Endgame; cuma mungkin tidak ramai yang dapat meneka Tony Stark adalah hero yang bakal dikorbankan.

Dalam filem Endgame, Tony Stark mati akibat kesan kuasa Infinity Stones dan ketika babak beliau didatangi oleh semua superhero sebelum beliau mati, Matt mempunyai kesan VFX yang lebih tragis buat Tony Stark pada mulanya.

“Kami memberikan tuan pengarah pelbagai bentuk kecederaan yang mungkin diterima Tony Stark (selepas memetik jari) dan salah satunya adalah mata beliau terkeluar daripada soket mata dan tergantung di pipi. Namun, mereka tidak memilih ‘kecederaan’ itu,” tambah Matt.

Russso Brothers merasakan kecederaan tersebut tidak sesuai di mana mereka mahu menjadikan kematian Tony Stark sebagai salah satu adegan yang tidak dapat dilupakan oleh peminat MCU.

Sekiranya mereka memilih untuk mata Tony Stark terkeluar, ia bukan sahaja terlalu ‘ganas’ malah akan memberi masalah kepada mereka kerana adegan tersebut mungkin akan dipotong bagi mengekalkan rating tontonan umum untuk filem berkenaan.

Pelukis digital Bosslogic seperti biasa menghasilkan versi alternatif untuk adegan kematian Tony Stark berpandukan info ini. Dan ya, ia memang nampak lebih brutal dan sadis. Terima kasih Russo Brothers kerana memilih kematian yang lebih sesuai dan memorable buat Tony Stark dalam Endgame.

Berikut pula adalah adegan Spider-Man dan Dr Stragen yang dipadam dalam Infinity War. Tonton juga adegan tribute penuh emosi buat Iron Man yang dipotong dalam Avengers: Endgame.

Lihat Adegan Spider-Man Dan Dr Strange Selamatkan Ahli GOTG Yang Dipadam Dalam Infinity War

Tonton Adegan ‘Tribute’ Penuh Emosi Iron Man Yang Dipotong Dalam Avengers: Endgame

Sumber