Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika sebelum ini pernah tular sebuah laman yang mampu menjelaskan semula gambar yang kabur, kini teknologi AI diperluaskan lagi buat semua pengguna di mana orang ramai berpeluang menghasilkan gambar mereka dalam versi kartun dengan mudah.

Semudah memuat naik gambar, ToonMe yang dikeluarkan dalam versi laman dan aplikasi ini mampu menukarkan wajah pengguna kepada versi kartun. Lebih menarik, para pengguna turut diberi pilihan serta latar belakang yang bersesuaian mengikut kehendak pengguna. Berikut antara gambar yang dihasilkan menggunakan aplikasi ToonMe.

Toonme_2

ToonMe-feature-image-PicsArt

db0a8ee366f62d71e01d240f1efdf9784ebd7483r1-880-946v2_uhq

Buat anda yang berminat untuk mencuba, anda boleh mulakannya dengan memuat naik gambar swafoto anda di laman ToonMe atau aplikasi ToonMe yang ditawarkan di iOS dan juga Android.

Untuk pengetahuan, aplikasi ToonMe menawarkan tiga hari percubaan secara percuma sebelum dikenakan bayaran RM21.99 untuk sebulan langganan. Anda patut mencubanya. Serius menarik!

Ketahui juga sebuah lagi aplikasi menarik yang mampu menjelaskan kembali semua gambar blur anda.

Seperti Magik, Aplikasi Hebat Ini Mampu Jelaskan Kembali Semua Gambar ‘Blur’ Anda

Bukan Aplikasi ‘Sampah’, Ini Manfaat Lain TikTok Yang Ramai Tidak Tahu

Anda Mungkin Suka