Bagaikan magnet, anak-anak kecil selalu tertarik melihat dan bermain di rumah-rumah kecil atau playhouse. Melihat mereka keluar masuk, membuka dan menutup pintu, serta bermain-main di dalam playhouse selama berjam-jam lamanya, bukan setakat menggembirakan si kecil, tetapi mengukir senyuman di wajah ibu bapa. Rumah mini ini membantu anak-anak kecil berimaginasi sambil bersuka ria.

Hendak beli, mahal pula. Jangan risau, kerana di bawah, kami
kongsikan top 10 idea playhouse DIY yang menggembirakan!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Rumah pokok hula hoop si kecil

playhouse01
Apartment Therapy

Bina rumah pokok ala rumah makhluk gnome buta putera dan puteri anda. Anda perlukan hula hoop, paip PVC dan kain. Anda mungkin perlukan sedikit masa untuk menyediakan kain penutup, tetapi ia adalah elemen paling menarik hati dalam projek ini.

Ikuti blog ini untuk maklumat lanjut.

2. Kubu katil bertingkat

Rumah Permainan
Come Together Kids

Ini lebih mudah! Hanya gunakan katil bertingkat yang telah sedia ada di rumah anda. Letakkan langsir dan aksesori permainan. Anak-anak tentunya akan leka bermain.

Ikuti blog ini untuk maklumat lanjut.

3. Khemah TeePee

Rumah Permainan
Pink Toes And Power Tools

Bagaikan berada di Wild Wild West, ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk menyediakan khemah TeePee Red Indian ini. Anak-anak akan berada dalam pengembaraan sebenar, walaupun sebenarnya mereka berada di dalam rumah.

Ikuti blog ini untuk maklumat lanjut.

4. Rumah pokok dalam rumah dengan gelongsor dan dinding mendaki

Rumah Permainan
Remodelaholic

Kalau anak-anak anda bertenaga tinggi, ini adalah solusi untuk anda! Anak-anak lelaki khasnya, akan gemar bermain dalam rumah permainan yang menyeronokkan ini. Walaupun hari di luar hujan, tiada sebab untuk anak-anak berhenti berpeluh.

Ikuti blog ini untuk maklumat lanjut.

5. Playhouse kotak boleh lipat

Rumah Permainan
She Knows

Penyelesaian yang bagus untuk mereka yang tidak cukup ruang kosong di rumah. Lipatkan apabila ada tetamu berkunjung ke rumah, dan buka semula untuk bermain dengan satu gerakan!

Ikuti blog ini untuk maklumat lanjut.

6. Khemah Arabian

Rumah Permainan
Living With Punks

Khemah Arabian pasti membuatkan putera atau puteri Parsi anda tersenyum gembira. Hanya dalam beberapa langkah anda boleh memperkenalkan kisah 1001 Malam kepada anak-anak dalam cara yang akan mereka ingati.

Ikuti blog ini untuk maklumat lanjut.

7. Rumah permainan Volkswagen Camper

Rumah Permainan
The Merry Thought

Bukan setakat orang dewasa, anak-anak kecil pun boleh menikmati keindahan Volkswagen Camper yang retro! Anda hanya perlukan gunting, kotak, dan pita pelekat secukupnya! Oh, jangan lupa sedikit cat untuk menyerlahkan kenderaan klasik anak anda yang pertama ini.

Ikuti blog ini untuk maklumat lanjut.

8. Playhouse bawah meja

Rumah Permainan
Artful Parent

Amat mudah, rangkanya sudah ada, hanya perlukan kain sebagai dinding rumah permainan. Guntingkan pintu dan tingkap, dan walla, anak anda sudah mempunyai playhouse yang menarik.

Ikuti blog ini untuk maklumat lanjut.

9. Playhouse paip PVC

Rumah Permainan
Pocket Meal Planning

Rumah permainan yang kukuh ini dibuat oleh paip dan penyambung PVC. Kelihatan sangat mudah untuk membina rumah pertama anak dengan idea ini.

Ikuti blog ini untuk maklumat lanjut.

10. Rumah kotak

Rumah Permainan
A Beautiful Mess

Buat beberapa rumah permainan daripada kotak, dan susunkannya seperti sebuah kota metropolitan. Hanya menggunakan kotak, tetapi sangat menyeronokkan!

Ikuti blog ini untuk maklumat lanjut.

BACA: 43 Idea Bina Alat Mainan Dari Kadbod Untuk Anak-Anak

BACA Lagi: 17 Idea Buat Mainan Anak Dari Bahan Yang Ada Di Rumah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber