Tahun 2017 memang satu tahun yang hebat dan busy untuk para sneakerheads dan juga resellers. 2017 dihiasi dengan pelbagai kolaborasi edisi khas dari bulan Januari sehinggga Disember serta pelbagai karenah manusia untuk memiliki kasut yang diidami.

Sempena menjelang tahun 2018, kami memilih 5 model kasut yang paling mendapat perhatian untuk tahun ini. Model-model ini dipilih berdasarkan respon pembaca dan bagaimana kasut-kasut ini sedikit sebanyak memberi impak kepada peminat kasut di Malaysia. Sedia? Mari kita mula.

5. YEEZY BOOST 350 V2 ‘Semi-Frozen Yellow’

semifrozen v2

Kalau hampir pecah pintu masuk, mana mungkin kasut ini terlepas daripada senarai top 5 ini. Warna Semi-Frozen Yellow ini adalah yang paling limited kuantitinya menjadikan kasut ini paling rare di antara model V2 setakat ini.

4. adidas NMD Hu Trail ‘Pharrell Williams’

https://www.instagram.com/p/BbMlOjJHm63/

Tidak lengkap senarai top 5 tanpa kasut ini. Kasut ini tidaklah hype mana tetapi kisah yang terjadi di sebalik penjualan kasut ini menjadi perhatian media. Kerana salah faham, pergaduhan tercetus dan menyebabkan seorang lelaki ditumbuk.

Sebelum ini tidak pernah terjadi lagi perkara seperti ini di Malaysia dan kejadian ini sedikit sebanyak membuka mata semua pihak tentang reselling game di Malaysia yang semakin ramai ingin ceburi. Kerana kasut, muka binasa.

3. Bata ‘Hotshot’

Ketika berita kasut ini akan dikeluarkan kembali keluar sekitar bulan Oktober lalu, ramai yang teruja untuk memiliki kasut ini. Kasut daripada koleksi Bata Heritage ini dihasilkan dengan kadar yang sangat limited dengan pilihan 3 warna.

Apa yang menjadikan kasut ini sangat special? Bata Hotshot ini pernah dipakai oleh legenda muzik grunge, Kurt Cobain suatu masa dulu dan merupakan salah satu kasut kegemaran beliau. Kasut ini masuk secara eksklusif di Bata Midvalley dan kami antara yang sempat menyambar kasut ini ketika ianya dijual di Midvalley tempoh hari.

2. Vans x Pa’din Musa

Kolaborasi bersama jenama antarabangsa memang jarang berlaku tetapi skater terkemuka Malaysia, Pa’din Musa berjaya mennghasilkan bukan satu, tetapi dua model edisi khas beliau bersama Vans!

Penerimaan dengan kasut ini sangat luar biasa. Ianya sold out pada hari pertama, dan ketika ini ada yang sanggup untuk membuat tawaran harga RM1,500 untuk kasut ini! Begitulah nilai Vans x Pa’din Musa ini di hati rakyat Malaysia. Pilihan warna hitam kuning memang satu pilihan warna yang awesome dan sangat sesuai untuk dipakai ke mana-mana sahaja. Warna Harimau Malaya kan?

Sekarang sudah muncul versi fake Vans x Pa’din ini dan menjadi debat antara peminat Vans sama ada mahu beli atau pun tidak.

1. Nike Air Jordan 1 x Off White

Off white

Tidak dapat dinafikan, ini adalah kasut kolaborasi paling hot untuk tahun 2017. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Kolaborasi Nike bersama jenama Off White ini membantu menaikkan kembali populariti kasut Nike selepas dibayangi kepopularan kasut adidas Yeezy dua tiga tahun ini. 10 model dipilih untuk kolaborasi Off White ini tetapi model Air Jordan 1 inilah yang paling dicari peminat sneakers serata dunia.

Kasut ini masuk di butik rasmi Off White Kuala Lumpur 22 Disember lalu dan memang ramai yang beratur untuk peluang membeli kasut ini. Harganya retail kasut ini hanyalah RM700 tetapi ianya dijual kembali pada harga RM5,700. Begitulah bernilainya kasut Air Jordan x Off White ini.

Senarai ini menutup tirai 2017 untuk para collector dan resellers kasut. Anda bersetuju dengan senarai ini? Jika tidak, apa pula senarai top 5 kasut anda sepanjang tahun 2017 ini? Boleh kongsi di ruangan komen.

2018 juga nampaknya tidak kurang menarik dengan berita kolaborasi adidas x Dragon Ball Z dan banyak lagi. Selamat tinggal 2017 dan selamat datang 2018!