Setiap kali berkunjung ke taman tema, pasti anda akan mencuba roller coaster kerana ia merupakan ‘highlight’ permainan yang berada di sesuatu taman tema itu. Bercakap tentang roller coaster, pasti anda sudah terbayang kelajuan dan kesuraman serta jeritan.

Adakah anda tahu roller coaster paling menakutkan di dunia ada di mana? Ini adalah top 5 roller coaster yang menakutkan dan anda perlu mencuba sekali jika berkesempatan:

ChHNb-IU8AA3JSR
HYPE
5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah
Baca lagi →

1. Kingda Ka di Six Flags Great Adventure, New Jersey

Roller coaster ini merupakan yang paling tinggi di dunia dimana setinggi 139 meter dan kedua paling laju. Lihat sahaja pemandangan apabila ia menjunam ke bawah, sungguh laju dan menggerunkan.

2. Sky Scream di Holiday Park, Jerman

Bagi roller coaster ‘Sky Scream’ ini, anda pasti akan berasa pening dan berdebar kerana lekukan dan pusingan yang tidak seperti roller coaster lain. Anda akan berpusing 360 darjah dan pastinya anda tidak akan berhenti menjerit.

3. Ultra Twister di Nagashima Spaland, Jepun

Ultra Twister merupakan roller coaster yang akan membuat anda seram sejuk berikutan ia bergerak secara berputar dengan kadar yang laju. Bukan sahaja seram sejuk, tetapi pasti anda boleh berasa pening dan loya.

4. Diving Coaster di Happy Valley, Shanghai

Diving Coaster merupakan roller coaster yang tampil berbeza, ini kerana ia akan membiarkan kaki anda tergantung. Pastinya ia akan memberikan anda feel yang lebih berbeza dan lebih ‘real’ seperti akan terjunam ke dalam gaung.

5. Steel Curtain di Kennywood, Pennsylvania

Bagi roller coaster Steel Curtain ini, bukan sahaja laju tetapi ia juga tampil dengan pusingan-pusingan yang pasti akan membuat anda rasai kelainannya.

Bonus:

Jika di Malaysia, sebelum ini kita ada roller coaster di Genting Highland tetapi disebabkan penutupan outdoor theme park untuk renovation, anda boleh juga mencuba roller coaster di Berjaya Times Square. Mungkin tidaklah menakutkan seperti yang diatas disebabkan roller coaster di Berjaya Times Square adalah indoor theme park.

Sebenarnya banyak lagi roller coaster yang menakutkan tetapi ini adalah yang bagi kami paling menakutkan. Jika anda berpeluang untuk menaiki salah satu roller coaster yang dinyatakan di atas ini, mana satu yang anda paling ingin cuba?

Anda Mungkin Suka