Peminat siri permotoran Top Gear sudah boleh menarik nafas lega kerana host terbaru menggantikan Clarkson, Hammond dan May sudah diperkenalkan di laman rasmi Top Gear.

Mereka adalah pelumba Sabine Schmitz, bintang YouTube Chris Harris, pengulas F1 Eddie Jordan dan wartawan permotoran Rory Reid akan bersama-sama Matt LeBlanc(pelakon siri terkenal Friends), Chris Evans dan ikon Top Gear, The Stig apabila ianya bertemu peminat siri itu bulan May nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka ini merupakan nama- nama besar dalam industri permotoran di UK kecuali Rory Reid yang terpilih selepas dia menghantar video audition 30 saatnya untuk menjadi salah seorang host Top Gear ini.

Siri ini terpaksa mencari host baru disebabkan Jeremy Clarkson dipecat dari mengacarakan siri terbaru Top Gear ini kerana berbalah dengan producer siri itu. Rakan host Clarkson, Hammond dan May turut meninggalkan siri ini atas dasar brotherhood mereka dengan Clarkson.

Host Legendary Top Gear: Richard Hammond, Jeremy Clarkson dan Jame May
Host Legendary Top Gear: Richard Hammond, Jeremy Clarkson dan James May

Tetapi persoalannya, adakah team terbaru ini boleh menandingi trio legendary Clarkson, Hammond dan May? Kerana sejak dari siri pertamanya pada tahun 2002, trio ini sudah sebati dengan siri Top Gear ini. Cuma The Stig muka lama yang ada dalam siri Top Gear terbaru ini. Harap- harap overhaul rancangan Top Gear ini berjaya. All the best guys!

Sumber