Top Glove Corp Bhd berjaya memintas Public Bank dalam pelumbaan untuk tempat kedua saham paling berharga di Bursa Malaysia, ia adalah berkat daripada permintaan sarung tangan getah yang tinggi disebabkan pandemi COVID-19.

Pada hari Rabu, saham Top Glove naik 4.06 peratus kepada RM27.14 dengan 26.13 juta unit diperdagangkan, mendorong permodalan pasarannya (cap pasaran) kepada RM73.47 bilion.

Saham Public Bank turun 1.02 peratus kepada RM17.48, dengan sejumlah 2.42 juta unit bertukar tangan, menjadikannya cap pasaran sebanyak RM67.86 bilion.

Situasi ini juga telah menutup jurang yang besar di antara Top Glove dan Malayan Banking Bhd (Maybank) yang berada di tempat pertama dengan cap pasaran sebanyak RM85.88 bilion.

Perlumbaan tempat kedua di antara Top Glove dan Public Bank bermula pada 23 Julai yang lalu. Pengeluar sarung tangan terbesar dunia berjaya menjadi saham kedua terbesar ketika itu dengan had pasaran RM70.45 bilion, manakala Public Bank menetap pada RM69.57 bilion.

Namun Public Bank berjaya mengambil tempatnya semula sehari kemudian dengan had pasaran bernilai RM68.79 bilion dan Top Glove turun ke tempat ketiga dengan had pasaran RM68.62.

Pada 27 Julai sehingga 11 Ogos, Top Glove kembali menduduki tempat kedua dengan cap pasaran RM73.80 bilion berbanding Public Bank yang mencatatkan RM65.69 bilion.

Manakala dari 12 Ogos sehinggalah 17 Ogos, Public Bank berjaya merampas tempat kedua setelah Top Glove mengalami kerugian besar selepas Rusia mengumumkan pengembangan vaksin untuk COVID-19.

Terdahulu, sarung tangan buatan Top Glove pernah ditahan daripada memasuki Amerika Syarikat setelah syarikat dari Malaysia ini didakwa melakukan diskriminasi terhadap pekerja asing di sana. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Amerika Syarikat Tahan Sarung Tangan Getah Buatan Syarikat Malaysia Daripada Memasuki Negara

Dokumentari Ini Papar Realiti Sebenar Pekerja Warga Asing Di Syarikat Top Glove Malaysia

Tempahan Tanpa Henti Hingga April 2021, Top Glove Bakal Muncul Lima Saham Teratas Bursa

Sumber