Top Glove Corporation Bhd mencatat lonjakan keuntungan sebanyak 346 peratus kepada RM7.87 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2021 daripada RM1.75 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Manakala pendapatan Top Glove pada tahun ini meningkat sebanyak 127 peratus kepada RM16.4 bilion daripada RM7.24 bilion pada tahun kewangan 2020, lapor MalaysiaKini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Prestasi baik ini didorong oleh permintaan sarung tangan yang tinggi serta kenaikan purata harga jualan yang didorong oleh situasi pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, The Edge melaporkan suku keempat tahun kewangan 2021, keuntungan bersih Top Glove merosot kepada RM607.95 juta berbanding RM1.18 bilion tahun ke tahun manakala pendapatan turun kepada RM2.12 bilion daripada RM3.11 bilion.

Prestasi suku keempat menunjukkan penurunan disebabkan oleh pelaksanaan vaksin di peringkat global sehingga menyebabkan jumlah jualan dan purata harga jualan lebih rendah. Selain itu, kemerosotan ini juga didorong oleh tindakan penguatkuasaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Amerika Syarikat yang menjejaskan jualan dan keuntungan.

Top Glove di Malaysia yakin jualan operasinya akan meningat setelah dibenarkan untuk mengeksport dan menjual sarung tangan ke Amerika Syarikat berkuat kuasa pada 10 Sept 2021 berikutan penyelesaian isu dakwaan wujud buruh paksa yang berlaku di Malaysia.

September tahun lalu, 57,000 pemegang saham awam Top Glove Corporation Bhd bakal mendapat durian runtuh apabila syarikat yang bertanggungjawab membuat sarung tangan getah telah mengumumkan dividen akhir sebanyak 8.5 sen, membabitkan bayaran lebih kurang RM691.8 juta.

Pengasas Top Glove berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM509 juta sepanjang pandemik COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Raih Keuntungan Hampir Enam Kali Ganda, Pengasas Top Glove Bakal Terima Dividen RM509 Juta

Kes COVID-19 Warga Asing Naik Mendadak, Rakyat Malaysia Mahu Top Glove Bertanggungjawab

Amerika Syarikat Rampas Semua Produk Top Glove, Jumpa ‘Bukti’ Wujud Amalan Buruh Paksa