Sempena ulangtahun ke-125 tahun jenama barang kemas terkemuka di Jepun, Ginza Tanaka menghasilkan patung kepala Darth Vader dari emas 24-karat yang semestinya sangat awesome! Hebat juga kalau Darth Vader ada perisai bewarna gold dan memburu Jedi di serata galaksi.

Tahun ini juga merupakan ulangtahun ke-40 tahun franchise Star Wars. Jadi kenapa tidak hasilkan satu kolaborasi yang awesome sebegini kan? Topeng kepala Vader dengan saiz sebenar ini dihasilkan dari emas dan seberat 14kg. Memang topeng ini untuk display sahaja bukan untuk dipakai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, Ginza Tanaka turut menghasilkan duit syiling emas yang unik dan dijual bersempena kolaborasi ini berharga USD11,000 (lebih kurang RM47 ribu). Walaupun ianya mungkin agak mahal, tetapi syiling emas ini diperbuat dari emas tulen. Jadi ianya ada harga dan nilainya akan naik dari masa ke semasa. Baik simpan duit syiling emas dari beli Bitcoin.