Ketika kali pertama saya melihat topi ini, fikiran saya terus terlintas kepada satu insiden yang baru-baru ini terjadi di tanah air melibatkan seorang ‘makcik’ yang memakai pakaian bercorakkan tulisan ayat-ayat daripada Al-Quran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Khabarnya ‘makcik’ tersebut adalah pelancong dari Korea dan baru sahaja tiba di Malaysia. Pakaian tersebut dibeli dari India.

Gambar pakaian beliau di atas menjadi viral di laman sosial sehinggakan pihak polis terpaksa mengambil tindakan dengan melakukan siasatan.

Okay.

Kita lupakan insiden tersebut dan fokus pada topi ini pula.

Corak di topi ini kelihatan agak cool dan menarik tapi saya agak was-was dengan tulisan Arab yang digunakan. Risau sekiranya topi ini menimbulkan perasaan kurang senang pada orang sekeliling, umat Islam khususnya.

Apakah maksud tulisan tersebut? Apakah terjemahannya?

Jika diperhatikan, terdapat dua perkataan yang digabungkan menjadi satu ayat dalam tulisan Arab bagi corak topi ini.

Di sebelah kanan ialah ‘شروق’. Di sebelah kiri pula ialah ‘الشمس’.

Jika digabungkan, ia menjadi ‘شروق الشمس’.

Setelah menggunakan ‘Google Translate’, saya dapati hasil terjemahannya adalah sunrise atau matahari terbit.

Ini dikuatkan lagi dengan komen-komen dari pengunjung laman web yang menjual topi ini. Mereka turut membangkitkan perkara yang sama.

Okay, segala persoalan terjawab.

Topi ini sebenarnya adalah sebahagian daripada official merchandise untuk kempen promosi single ‘Ringa Linga’ nyanyian Taeyang (juga ahli kumpulan ‘Big Bang’ dari Korea Selatan).

Topi ini boleh didapati dalam dua warna (hitam dan putih) di butik ‘The Cap City’, SS15 Subang Jaya berhadapan dengan ‘Asia Café’.

Tapi saya tetap tak jadi beli.

Bukan kerana risau dengan maklum balas orang ramai bila memakai topi ini nanti.

Tetapi kerana saya bukan peminat K-pop.

Hehehe.