Baru- baru ini kecoh di media sosial, di mana satu pertandingan debat yang menggunakan tajuk yang penuh kontroversi. Pertandingan debat yang diberi nama Debat Piala Tun Razak 2019 itu telah melahirkan rasa tidak puas hati dan mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

Penganjuran Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 yang mempersoalkan tentang undang-undang Syariah, menukar isi kandungan al-Quran dan merubah keharaman homoseksual adalah satu bentuk debat yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: PakDin. my

Antara tajuk yang paling kontroversi ialah ‘Islam tidak halang homoseksual’. pemilihan tajuk berkenaan menyebabkan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang menarik diri apabila dapat mengetahui bahawa topik tersebut dijadikan sebagai salah satu topik perdebatan.

Sehubungan itu, seorang pengguna Twitter, Faizal Rezuan memuat naik satu tweet yang mengatakan bahawa SMAP Kajang adalah juara yang sebenar kerana menarik diri daripada pertandingan tersebut. Dia turut berkata bahawa penganjur mempunyai agenda untuk menormalisasikan LGBT ini.

Menurut satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia,  hasil siasatan mendapati ketua juri iaitu Mohammad Aidil dan Iyad Zakiy tidak membuat sebarang perbincangan atau mendapatkan pandangan awal dari Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan di mana debat itu berlangsung. Jelas sekali pemilihan tajuk debat tersebut tidak mengikut Prosedur Kendalian Standard (SOP).

Tambah kementerian itu lagi, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada kedua ketua juri pertandingan tersebut iaitu Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal yang juga merupakan pelajar daripada salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Menjawab isu berkenaan, Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal berkata, usul debat berkenaan hanya bersifat hipotetikal dan bukannya cubaan untuk membawa ‘agenda liberal.’

“Jika ada pihak yang mendapati perkara ini sensitif dan menyinggung, kami dan jawatankuasa penganjur sepenuh hati memohon maaf atas rasa tidak senang yang dicetuskan,” ujar mereka lagi.

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) turut menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan ke atas penganjur pertandingan berkenaan kerana didakwa tidak menjaga sensiviti agama Islam. Diharap perkara seperti ini tidak akan berulang di masa akan datang.

Terdahulu, pelajar Malaysia menjadi juara debat bahasa arab di Jordan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pelajar Malaysia Juara Debat Bahasa Arab Antara Universiti Di Jordan

Isu Bumi Berbentuk Sfera, Jawapan Sheikh Muszaphar Buat Pengikut ‘Flat Earth’ Terdiam

 

 

Sumber