Jenama Topshop dan Topman merupakan jenama yang sangat besar di Malaysia satu ketika dahulu sebelum kehadiran jenama besar lain seperti Uniqlo dan H&M. Ini merupakan satu berita buruk buat peminat jenama tersebut apabila kesemua butik Topshop di Amerika Syarikat telah ditutup berikutan muflis.

Malah, sebanyak 23 butik Topshop di United Kingdom juga bakal ditutup jika diluluskan. Akan tetapi, jika anda ingin membeli pakaian jenama Topshop ini kelak, anda boleh membeli ia secara atas talian di laman sesawang Topshop atau Nordstrom.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/alicebarfsky/status/1131677819862487041

Untuk pengetahuan anda, butik Topshop ini muflis berikutan persaingan sengit dengan butik-butik atas talian seperti Asos dan Boohoo. Malah, kes yang melibatkan pengerusi Arcadia yang dituduh melakukan gangguan seksual dan racist turut menjadi antara faktor pengguna memboikot membeli barangan dari Topshop.

Persaingan yang sengit dan tidak dapat mengaut keuntungan menjadi faktor utama penutupan butik jenama terkenal ini.