Sebut sahaja nama Toshiba pasti ramai yang cukup kenal. Menawarkan barangan elektronik yang pelbagai syarikat ini sudah menjadi syarikat yang cukup dikenali buat pengguna di Malaysia dan luar negara.

Dalam pada itu, syarikat yang sudah bertapak lebih 100 tahun ini nampaknya tidak terlepas daripada masalah kewangan dimana Toshiba kini difailkan bankrup selepas kegaglaan membangunkan reaktor nuklear.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kegagalan untuk membangunkan reaktor nuklear di South Carolina telah mendesak syarikat ini untuk membayar ganti rugi yang besar sekaligus membuatkan Toshiba terjerumus kepada masalah kewangan dan bankrup.

Bagi memastikan syarikat ini terus bertahan, Toshiba bakal menjual anak syarikat mereka iaitu Toshiba TV kepada Hisense pada nilai $113.6 juta (~RM467.48 juta)

Toshiba_CES-2013_Booth-1 (1)

Berdasarkan hasil kerjasama Toshiba dan Hisense selepas ini, kemungkinan kini akan dapat lihat inovasi terbaru daripada kedua-dua syarikat ini khususnya TV dimana produk-produk terbaru mereka bakal dijual dengan harga mampu milik.