Siapa di sini peminat Harry Potter? Potterhead pasti berasa gembira selepas mendengar berita ini dan akan jadikan Jepun sebagai destinasi untuk dikunjungi pada tahun 2023.

Difahamkan, taman tema Harry Potter akan dibuka di Jepun dan anda dapat mengunjungi dunia penuh keajaiban itu. Taman tema itu akan dibuka selepas penutupan taman hiburan Toshimaen di Nerima yang berusia lebih 94 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak Warner Bros. hanya akan menyewa sebahagian tempat tersebut dan kawasan lain akan dibeli oleh kerajaan Tokyo. Rekaan taman tema Harry Potter ini akan sama seperti Warner Bros. Studio Tour di London dimana pengunjung boleh melihat set produksi, dekat dengan props seperti kayu sakti dan sebagainya serta membeli-belah di Diagon Alley.

Malangnya, bagi taman tema ini tidak akan ada rides seperti di Universal Studios Jepun. Bagi peminat Harry Potter pastinya gembira dengan berita ini tetapi pasti ada yang bersedih dengan penutupan taman hiburan Toshimaen.

Sementara itu, jika anda ke Jepun kelak, anda mungkin berminat untuk menginap di penginapan pelik ini. Klik sahaja pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju

‘Vending Machine’ Halal Pertama Di Jepun Turut Jual Produk Brahim’s

Anda Mungkin ‘Bebas’ Melancong Seperti Biasa Mulai 2023 Selepas COVID-19

Sumber