Kalau sebut sahaja padang pasir, pasti anda sudah terbayang Mesir atau Abu Dhabi, bukan? Adakah anda tahu bahawa di Jepun juga terdapat tempat seperti di padang pasir?

Percaya atau tidak jika kami katakan terdapat tempat seperti itu di Jepun? Untuk pengetahuan anda, Tottori Sand Dunes ini terletak di Jepun dan ramai yang tidak tahu kewujudan tempat ini.

gagaga-671×377
HYPE
Kerana Sehelai Kertas, Hidup Syafie Naswip Berubah
Baca lagi →

Kalau ingin melancong ke Jepun, pasti anda memilih untuk ke Tokyo, Osaka, Hiroshima dan sebagainya. Anda yang inginkan kelainan harus pergi ke Tottori Sand Dunes ini.

100f0t000000i9tnuD032

Sumber: Japantimes

7c95766b9955d1ecb43bd8a1bbf7701f72b3500a

Sumber: into-you.jp

Jika menaiki penerbangan dari Tokyo, ia hanya mengambil masa selama satu jam lebih untuk ke Tottori dan jika menaiki keretapi mengambil masa dalam 5 jam sahaja.

Sebenarnya ia hanyalah pantai berpasir di tepi laut tetapi kelihatan seperti padang pasir. Anda akan berasa kagum melihat kecantikan dan pemandangan yang dihadiahkan.

pg_01

Sumber: into-you.jp

Tottori-Sand-Dunes-4

Sumber: Google

Malah, anda juga boleh menunggang unta di sini dan boleh sand boarding serta parangliding di sini. Menarik bukan? Selain itu, terdapat tarikan lain yang berada di sini seperti muzium pasir.

Di muzium pasir ini anda akan dapat lihat pelbagai bentuk rekaan yang berbeza tema setiap tahun. Kiranya anda bakal dapat melihat keunikan arca dan dapat bergambar.

sand-1

Sumber: into-you.jp

m053-03

Sumber: sand-museum.jp

sl0421_3nn.png__1300x737_q85_subsampling-2

Sumber: sand-museum.jp

Pastinya mereka yang gemar bergambar akan menyukai Tottori Sand Dunes ini kerana ia unik dan sesuai untuk kaki foto di luar sana. Malah, berdekatan situ juga ada taman tema.

Selepas puas bergambar dan menikmati pemandangan indah, bolehlah ke taman tema untuk berhibur bersama keluarga. Tempat ini sangat ‘Instagrammable’ dan pastinya sangat disukai ramai orang.

Jika anda ingin ke Jepun, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk ke sini. Anda mungkin berminat baca artikel berkaitan tempat-tempat menarik yang jarang orang pergi, klik pautan di bawah.

Perkampungan ‘Fairytale’ Giethoorn Village Di Netherlands Yang Ramai Tidak Tahu

Ini Sebab Mengapa Wujudnya Kampung Jawa Di Bangkok, Thailand

5 Tempat Menarik Dan ‘Awesome’ Di Da Lat, Vietnam

Anda Mungkin Suka