Touch ‘n Go eWallet pada hari ini merupakan pemain besar dalam menawarkan dompet digital untuk membuat pembayaran secara tanpa tunai di dalam transaksi seharian. Malah, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak TNG eWallet dalam memastikan mereka lebih berdaya saing di persada antarabangsa.

Touch ’n Go eWallet kini memperluaskan penggunaan dompet digital tersebut ke negara China. Hal ini sekaligus membolehkan para pengguna tempatan melakukan pembayaran menggunakan dompet digital TNG secara terus di China.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Berita Harian

Langkah ini berjaya dilakukan oleh TNG eWallet menerusi integrasi dan kerjasama Alipay+. Pengenalan ini sekaligus menjadikan TNG eWallet sebagai dompet digital pertama dari Malaysia yang disokong untuk pembayaran di China.

TNG eWallet mengatakan pengguna boleh menikmati kaedah penggunaan sama seperti di Malaysia di mana hanya perlu mengimbas kod QR Alipay+ dan melakukan pembayaran seperti biasa.Selain China, kod QR Alipay+ turut disokong di beberapa negara lain termasuk Jepun, Korea Selatan, dan Singapura.

China kini dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman pembayaran yang lancar dan mudah untuk pelawat antarabangsa menjelang Sukan Asia Hangzhou pada tahun hadapan. Dengan ini, rakyat Malaysia berpeluang menikmati pengalaman pembayaran yang lebih pantas menerusi TNG eWallet sahaja di negara itu.