Pengguna lebuh raya sekitar Lembah Klang pastinya sudah mengetahui mengenai pengenalan Touch ‘n Go PayDirect yang membolehkan pengguna untuk membayar tol menggunakan nilai eWallet. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh tambah nilai Touch ‘n Go melalui aplikasi tersebut.

Penggunaan PayDirect ini pada awalnya hanya diperkenalkan di lebuh raya DUKE dan kini sudah boleh digunakan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Bermula pagi tadi pengguna jalan raya yang melalui LDP Penchala dan Plaza Tol Sunway boleh menggunakan ciri ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini anda tidak perlu risau jika nilai bayaran tidak tersedia di papan ketika menyentuh kad, kerana pengguna boleh menyemak secara langsung menerusi aplikasi eWallet anda.

Tambahan lagi pengguna tidak perlu risau jika nilai eWallet tidak mencukupi kerana nilai tersebut akan dipotong secara langsung daripada kad fizikal Touch ‘n Go. tonton video ini untuk mengetahui bagaimana untuk menggunakan Touch ‘n Go PayDirect.