Kumpulan Touch ‘n Go telah diiktirafkan sebagai Majikan Siswazah Paling Diutamakan dalam kategori fintech pada Graduate’s Choice Awards 2023 baru-baru ini.

Selain itu, syarikat itu turut diiktiraf sebagai salah satu daripada 25 Majikan Siswazah Paling Diutamakan Secara Keseluruhan. Ini merupakan anugerah jenama majikan yang paling berwibawa di Malaysia kerana keputusan ditentukan menerusi undian daripada pelajar universiti di negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Anugerah itu memperoleh undian daripada mahasiswa daripada 100 universiti awam dan swasta di seluruh negara. Untuk makluman, anugerah secara tahunan tersebut telah dianjurkan dan dihoskan oleh Talentbank dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan universiti di seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, Ketua Pengawai Sumber Manusia Touch ‘n Go Sdn Bhd, Erlyn Greis berkata anugerah tersebut adalah salah satu pengiktirafan paling penting bagi syarikat dalam pengesahan pengurusan bakatnya serta inisiatif dan amalan sumber manusia.

Tambahnya lagi, kedua-dua anugerah ini adalah bukti bahawa graduan percaya kepada Touch ‘n Go sebagai majikan bereputasi dalam industri fintech dan melihat nilai transformasi mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan pengiktirafan ini, Touch ‘n Go terbukti menjadi pilihan utama bagi siswazah untuk memulakan kerjaya mereka.

Sumber