Touch ‘n Go baru-baru ini telah memperkenalkan keychain NFC edisi khas untuk pengguna. Aksesori tersebut terus menjadi rebutan ramai kerana berkemampuan berfungsi seperti kad TNG NFC.

Kini Touch ‘n Go eWallet memperkenalkan pula sebuah peranti audio pintar yang dinamakan sebagai Soundbox. Peranti ini sememangnya direka khas untuk kegunaan para peniaga di luar sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: TNG eWallet

Menerusi Soundbox ini, penjual akan menerima notifikasi berbentuk audio sebaik menerima pembayaran daripada kod QR yang diimbas oleh pelanggan. Selain notifikasi audio, terdapat paparan LED yang turut memaparkan jumlah yang sudah dibayar.

Dengan penawaran ini, ia memudahkan para penjual untuk mengetahui sebarang transaksi terutamanya ketika di kedai tanpa perlu menyemak aplikasi secara manual.

Bagi penjual yang berminat, anda boleh melakukan tempahan Touch ‘n Go Soundbox menerusi panel Merchant Dashboard di dalam aplikasi TNG eWallet.

Soundbox ini hadir dengan dua edisi iaitu berasaskan kad SIM atau menggunakan WiFi . Set dengan kad SIM dijual pada harga RM139.50, sementara dengan WiFi pula pada harga RM59.50. TNG menyediakan sekitar 500 unit dalam setiap edisi sahaja buat masa ini.

Sumber