Semalam Touch n’ Go, telah mengambil langkah untuk menghentikan penjualan peranti SmartTAG bagi memberi ruang kepada teknologi kutipan tol baharu yang lebih baik; pembayaran melalui RFID.

Kepada yang belum mengetahui, RFID ini merupakan sistem pembayaran tol elektronik yang hanya menggunakan sticker pelekat. Ia mempunyai chip frekuensi radio khas dan dipasang sama ada pada cermin depan kereta atau bahagian lampu utama kenderaan. Ianya khusus untuk kegunaan satu kenderaan sahaja.

IMG_5700

Perkhidmatan e-Dompet Touch n’ Go disambungkan terus pada teknologi ini bagi memudahkan pengguna membuat tambah nilai. E-Dompet ini juga bakal memudahkan anda menyemak baki yang tinggal serta menambah nilai sendiri tanpa perlu ke kiosk.

Malaysia bakal mengikut jejak langkah seperti negara luar yang terlebih dahulu menggunakan teknologi ini seperti Amerika Syarikat, Argentina dan Taiwan yang menggunakan sistem teknologi pelekat ini.

Kepada pengguna SmartTAG sedia ada, anda masih boleh kekal menggunakannya seperti biasa buat masa ini.

RFID ini akan dilancarkan secara percubaan terlebih dahulu bermula 3 September ini dan sekiranya anda mahu mencuba teknologi RFID ini, anda boleh memohon awal di sini.