Mutakhir ini atau lebih tepat beberapa hari kebelakangan ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan implementasi satu lagi jenis cukai iaitu Tourism Tax bermula 1 Julai 2017.

Ahh sudah! Tax apa pula ni? Kerajaan gila apa asyik mahu kenakan tax? Pengusaha hotel menempelak penggazetan ini. Industri pelancongan bakal bungkus. Di atas adalah beberapa contoh headline, sama ada ia merupakan status di facebook mahupun headline akhbar dan portal media massa.

Suka untuk aku kongsikan, tourism tax atau cukai yang dibayar ketika proses daftar masuk menginap di hotel ini sebenarnya sudah terlebih dahulu dikutip oleh sesetengah pihak berkuasa tempatan. Dari pengalaman aku sendiri menempah bilik hotel di jajahan MPKB-BRI, fee sebanyak RM2 akan dipungut oleh pihak hotel (bagi pihak MPKB-BRI) untuk setiap malam menginap sewaktu proses Check-In.

Pada mulanya, aku fikir ape benda dowh dah bayar fee dan caj itu ini sewaktu proses penempahan atas talian, tiba hari mendaftar masuk dikutip lagi sejumlah cukai. Mungkin ada lagi sesetengah PBT yang mengenakan cukai sedemikian, cuma aku berkongsi apa yang aku lalui sendiri, pengalaman sendiri.

Tidak terhad dalam negara, Tourism Tax ini sememangnya dikenakan di sesetengah destinasi luar negara. Sebagai contoh: Dubai.

Kau memang kena bayar cukai tourism ini. Jangan risau, jika kau rasa terkejut apabila diminta sejumlah wang sewaktu Check-in; begitu juga mat salleh-mat saleh yang datang melancong ke sana.

Aku lihat mereka pun tercangak-cangak ingatkan semua sudah dibayar menerusi atas talian, daftar masuk sekadar proses mengambil kunci bilik; ia tidak begitu di Dubai.

Jadi sediakan wang secukupnya dan tourism tax ini memang sudah wujud, cuma kita sahaja tahu atau tidak. Travel lah, nanti kau tahu. Kan jauh berjalan, luas pemandangan, bertambah pengetahuan.

Maaf cakap, bila saban hari kita dimomokkan, kepala kita dipasak dengan terma percutian bajet, destinasi murah, headline dengan RM1000 lelaki ini menawan Eropah dan apa sahaja kata-kata yang membawa maksud yang sama sedikit sebanyak ia adalah proses “mind shaping”, pembentukan minda. Minda bagaimana akhirnya orang kita.

Jadi, bila hal sebegini (cukai) tiba-tiba keluar dan akan dilaksana maka melantunlah marhaen yang ada keinginan untuk bercuti/mengembara. Pendapat aku, mungkin kerajaan boleh mempertimbang untuk melaksanakan cukai ini secara berperingkat. Contohnya kenakan pada hotel bertaraf 4 atau 5 bintang sahaja untuk fasa pertama.

Orang yang menginap di premis sebegini (4/5 bintang hotel) tidak pernah ambil kisah akan RM20 on top of hotel rate sedia ada kerana memang mereka boleh bayar.

Contoh kos bayaran tourism tax di Sepanyol

Tak kan itu pun aku yang nak kena ajar. Jika hotellier tak bersedia untuk mengutip, bimbang sales merudum, suruh mereka turun penarafan bintang itu. Tobat lahom mereka tak mau kerana mereka sedia maklum segmen customer bagaimana yang mereka mahu.

Bila kita memilih untuk bermain dalam segmen premium, customer yang kita dapat pun premium tahap ekonomi dan intelektualnya. Begitu juga sebaliknya; “Alahhh! Makcik ni janji dapat lelap udahlah. Tak perlu yang mewah pun,” ujar Cik Senah sewaktu menempah pakej percutian.

Jangan terperangkap, kejap lagi service provider berikan hotel tidak berhawa dingin ataupun tiada tingkap dan katil tidak empuk, Cik Senah lah orang pertama yang bakal melancarkan perang. Begitulah analoginya.

Konsep cukai ni, memang selayaknya dikenakan terlebih dahulu kepada pihak berpendapatan tinggi, diikuti dengan sederhana dan rendah. Jika generalisasi berlaku, ia tidak membantu perkembangan ekonomi itu. Ehh macam aku ahli ekonomi pulak.

Sebagai kesimpulan, suka untuk aku bagitahu cukai-cukai sebegini memang telah pun wujud. Cuma menjadi kelaziman pihak kerajaan acapkali memperkenalkan sesuatu cukai, ia sering dilakukan pada waktu yang tidak sepatutnya dan ini bakal memberi kesan kepada political mileage mereka.

1 Julai 2017 baru minggu kedua raya. Proses transisi kampung sendiri ke kampung mertua. Dalam perjalanan mahu singgah menginap semalam di hotel, belanja raya sudah dikeluar banyak dikenakan pula sejumlah cukai. Pow lah duit raya anak. Macam tak biasa. kahkah.

Ajar pada anak, jika mereka nak bermalam di hotel mereka boleh membantu si ayah dengan meringankan beban sedikit. Cukup ambil RM5 seorang, bukan nilai ringgit itu sangat pun, ini proses pembelajaran. In sha Allah mereka willing to do so.

Itu yang aku ajarkan pada Dani & Yaya and they are happy to top up from their sides as long as they can stay at least a night in the hotel, regardless it’s luxury or just moderate hotel.Pengalaman itu yang mereka mahu.

Jadi, nak travel pastikan duitnya cukup untuk kos-kos luar jangka begini. Betulkan semula mindset kita travel ni untuk apa? Berlumba siapa itinerary paling murah dia menang kah atau bagaimana?

Macam aku tulis tahun lepas, untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana macam aku ni kita boleh cut down spending on eating outside, flashy stuff, hype fashion etc in order to have some portion yang kita boleh allocate for travelling.

Kan kita ada pilihan. Kau mahu pilih yang mana, lifestyle bagaimana, itu sahaja. Nanti ada masa aku mencoret lagi apa yang aku lakukan lantas ia membolehkan aku travel dengan kerap sama ada secaa solo atau dengan keluarga.