Jenama Toyota nampaknya masih mengekalkan kedudukannya yang teratas selaku jenama yang paling bernilai di dunia dengan peningkatan nilai sebanyak 5% kepada hampir $30 billion sekaligus dapat menewaskan jenama-jenama Eropah seperti Mercedes-Benz dan BMW dengan kemenangannya buat kali keenam berturut-turut.

Peningkatan nilai jenama tersebut disebabkan terdapat peningkatan permintaan terhadap model SUV di pasaran Eropah dan US, selain daripada konsisten dengan penawaran produk yang berkualiti, tahan lasak dan dipercayai pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Toyota-RAV4_Hybrid_EU-Version-2016
Toyota RAV4 berjaya menjadi antara model SUV terlaris di eropah

Mercedes-Benz yang merupakan jenama mewah turut dikalahkan Toyota dengan mendapat kedudukan kedua serta jenama tersebut turut berjaya memintas BMW buat kali pertama dalam sejarah manakala Ford pula berjaya menduduki tangga keempat. 

Untuk pengetahuan, Mercedes telah mencatatkan penumbuhan positif yang disumbangkan oleh prestasi yang cemerlang di pasaran China, Brazil dan Russia, selain daripada kejayaan yang dikecapi selepas pelancaran model terbaharu E Class mereka sebelum ini.

Sumber: driving uk

Berdasarkan senarai jenama automotif paling bernilai dunia yang dikeluarkan BrandZ setakat pertengahan tahun 2018, Toyota berjaya menjadi jenama paling bernilai diikuti dengan Mercedes-Benz, BMW, Ford dan Honda.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber