Tahun gemilang buat Grab berterusan selepas syarikat ini terus menerus berjaya menjadi pilihan syarikat besar untuk melabur serta berjaya berjaya menguasai Uber Asia awal tahun ini.

Terbaru, Toyota berjaya menjadi syarikat terbaru yang melabur di syarikat yang berpengakalan di Singapura ini dengan nilai pelaburan mencecah $1 bilion (RM4 bilion). Berdsarkan pelaburan terbaru daripada TechCrunch, pelaburan yang diterima ini sekaligus berjaya membawa nilai Grab kepada $10 bilion (RM40 bilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2018-06-13 at 12.52.17 PM

Melalui rundingan yang dibuat, Toyota akan melabur sebanyak $1 bilion kepada Grab manakala Grab perlu menawarkan sebuah kerusi ahli lembaga pengarah buat Toyota.

Pelaburan yang dibuat ini juga bertepatan dengan misi kedua-dua syarikat untuk menawarkan servis pengangkutan yang lebih efisien baik dari segi ekosistem mahupun kesesakan dan keselamatan jalan raya.

26116899

Setakat ini aplikasi Grab sudahpun dimuat turun oleh 100 juta pengguna menerusi lapan negara di Asia merangkumi Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Berdasarkan pelaburan yang baru diterima beserta bilangan pengguna yang ramai, syarikat ini positif untuk memperoleh pulangan melebihi $1 bilion pada tahun ini.

Sumber