Setelah beberapa tahun mengekalkan rekabentuk yang hampir sama, Toyota pada tahun ini hadir dengan generasi terbaru dibawah pelancaran UMW Toyota Moyot di Kuala Lumpur International Motor Show 2018.

Menerusi generasi kelapan Camry ini, Toyota cuma mengeluarkan sebuah variasi sahaja bagi pasaran Malaysia dengan spesifikasi enjin 2.5V dengan harga RM189,000.00 tidak termasuk insuran. Model ini bakal diimpot secara terus daripada kilang Toyota di Thailand.

Melihat kepada rekaan yang ditawarkan, jelas Toyota berjaya keluar daripada kepumpung kereta yang kelihatan ‘veteran’ kepada rekabentuk yang lebih fresh, moden dan eksklusif. Menariknya, model ini turut menjadi

Camry-1
Sumber: Carsifu
Camry-2
Sumber: Carsifu
Camry-5
Sumber: Carsifu

Selain itu, model ini turut hadir dengan rim 18-inci, lampu headlamps bi-LED beserta signal LED. Rekaan dalamannya juga tampak lebih eksklusif berbanding sebelum ini dengan penawaran skrin media 8-inci. Para pengguna juga ditawarkan dengan penawaran dashcam serta tempat pengecasan tanpa wayar buat telefon pintar.

Disebalik rekaan yang memukau dan tampak moden, model terbaru Toyota Camry bagi pasaran Malaysia masih lagi ditawarkan dengan enjin yang sama seperti model sebelum ini. Penawaran variasi yang berbeza ini sekaligus membezakan model Toyota Camry yang ditawarkan di negara luar termasuk Thailand berbanding Malaysia.

Walaubagaimanapun, berdasarkan prestasi enjin sebelum ini yang sudah cukup baik serta rekaannya yang memukau, Toyota Malaysia yakin model ini dapat dijual dengan bilangan yang tinggi serta memberi saingan kepada kereta segmen-D yang lain.

Sumber